Tapi, tu lah, siapa taknak merealisasikan rukun Islam yang kelima tu kan. Secara basicnya, ada dua cara nak tunaikan haji dari Malaysia.
| Gambar ori bro, tak main sedut kat Google. |
Bagi kebanyakan orang, sudah tentu Tabung Haji yang dipilih. Akan tetapi, ada 'extra-charge' yang perlu dibayar sekiranya kita memilih Tabung Haji ni.
Kita mesti pernah dengar:
'Haihhh, kalau ikut giliran Tabung Haji ni, aku bakal ke sana time umur aku 65 tahun kot.'
'Harap-harap, kuat lagi lahhh tulang aku ni, Yop. Ada lagi 20 tahun sebelum aku ke sana.'
'Aku cuma harap, sebelum aku meninggal, aku sempatlah tunaikan haji ni.'Rata-rata daripada kita sudah sedia maklum bahawa giliran nak tunggu panggilan haji melalui Tabung Haji ni, sememangnya, memakan masa yang lama. Manakan tidak, jika kita daftar sekarang, kebiasaannya (betulkan kalau salah), akan memakan masa sekitar 15-20 tahun sebelum kita berada dalam senarai untuk menunaikan fardhu ini.
Unless, kalau korang ada kabel-besar-bapak, haji tahun depan pun boleh. Hahaha.
Okay, dapat kan gambarannya? Antara pergi haji time umur 40an dan 60an, mesti kita lagi sanggup pergi haji time 60an. Probability untuk masih lagi hidup time 40an tu, lebih tinggi daripada umur 60an.
Itu satu. Yang kedua, kita lebih bertenaga. Bila lebih bertenaga, lebih pahalanya. Tambah-tambah, berkali-kali ganda kalau kita beribadah kat Mekah.
Dari Jabir r. a.; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
So, aku ada tips sikitlah untuk dikongsikan. Orait, umur kita, 20 sebagai contoh. Kalau kita daftar haji pada tahun ini, besar kemungkinan, kita akan tunaikan haji, pada umur 40an. Haaa, nak tahu cemana. Orait, cemni.
Kebanyakan orang, akan start serious dalam haji ni, bila umur dah lanjut usia. Sebab komitmen pun dah kurang. Time tu, baru nak kumpul duit apa semua. Time tu, anak-anak dah besar semua. Untung-untung, anak-anak hantar pergi haji.
Tapi, sebolehnya, kita rancanglah haji pada usia yang lebih muda. Masih belum terlambat. Kalau tengok syarat untuk daftar haji, kena ada dalam akaun Tabung Haji kita, at least, RM 1 300.
Bila kita ada deposit sebanyak RM 1 300, kita layak untuk daftarkan diri kita, untuk tersenarai dalam senarai haji. Bayangkan kalau kita daftar sekarang, mungkin, panggilan haji kita, adalah pada 2045.
Time tu, umur kita, sekitar 40an kot. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan kesihatan, kita masih lagi mampu untuk buat haji. Lagi-lagi, kepada sahabat-sahabat yang mempunyai sumber kewangan yang tetap dan kukuh, simpanlah sedikit untuk tabungan haji anda. Malulah jika kita ditaja beribu-ribu sebulan, tapi, tak boleh nak simpan untuk tabungan haji kita. Dah tergolong dalam golongan berkemampuan kot. Jangan bagi alasan tak sampai seru ke apa, karang tak sempat, rugi je.
Cukup RM 1 300, pergi daftar haji. Then, untuk 10-15 tahun nak tunggu nama dipanggil, kumpul duit sesikit sampai cukup kos hajinya tu. Setidak-tidaknya, kita haji pada usia yang lebih muda berbanding umur purata haji kebanyakan orang.
Gaji cukup makan je? Takpe-takpe, kalau tak mampu, bukan berdosa pun. Relakslah. Cumanya nanti, lepas korang dah mampu, ekonomi dah stabil apa semua, jangan lupa untuk daftarkan haji anak-anak korang pulak.
Kalau kita tak sempat pun, at least, kita dah mudahkan untuk anak-anak kita untuk tunaikan rukun Islam yang kelima ni. Untung-untung, umur 30an, anak-anak kita dah boleh buat haji. Silap-silap, umur 20an pun boleh.
Konklusinya, simpan RM 1 300 cepat-cepat, daftarkan diri cepat-cepat, pergi haji insyaAllah cepat-cepat juga. Daftarkan anak-anak anda (sekiranya ada) sebagai jemaah haji dalam masa terdekat.
Kalau korang ada pendapat lain, atau sebarang kritikan membina, bagitahu.
'Erti hidup, pada memberi'
No comments:
Post a Comment