Tapi, yang penting, aku rasa, semua orang rasa apa yang aku nak cakapkan ni. Atau korang mungkin tak pernah rasa, tapi korang pernah hadapi benda ni.
Korang mesti pernah berada dalam situasi di mana, kita member-member kan. Tengah lepak sesama apa semua. Sembang punya sembang, then, sorang hamba Allah ni, si Leman, dia main lepas je kutuk orang, bahan orang, perli orang kaw kaw.
Untuk orang hati keras, jenis tak mudah makan hati, takpe. Tapi masalahnya, tak semua orang dalam dunia ni, hati keras. Tak semua boleh terima dengan kata-kata cenggitu.
Ada je, atau mungkin ramai sebenarnya hati lembut. Dan dorang mungkin terasa dengan kata-kata si Leman.
Kebiasannya, kita akan pujuk yang terasa hati ni, camni:
'Alaaa Ucop, kau relakslah. Leman memang macam tu. Mulut dia, mulut puaka sikit. Kau takyah terasalah'.Ataupun:
'Kau ni Ucop, kau tu jantan. Kental lah sikit. Kau macam tak kenal je si Leman tu cemana. Jangan diingat sangat apa yang dikata Leman tu haaa'.Pada zaman sekarang, setakat apa yang aku perhatilah, tak tahu keadaan di tempat korang cemana. Tapi setakat yang aku perhati, ini biasa terjadi.
Kita seolah-olah, mengagungkan si Leman, dengan tidak menegur dia. Tambah lagi dengan kita suruh si Ucop yang touching ni, untuk tenang dan redha dengan tabiat Leman.
Hahaha, kalau tabiat berkata buruk ni memang dah genetic, tak dapat nak alter cemana pun, takdak masalah. Masalahnya, boleh je kasi practice bagi elok.
Sepatutnyalah kan, kita tegur si Leman.
'Leman, agak-agaklah nak kata gitu kat Ucop. Kesian Ucop'.Tapi tu lah kan, aku ni, bukanlah orang yang patut tegur pasal benda-benda cenggini. Sebab aku pun, mulut pun tak jaga sebenarnya. Tapi, dapat kan point utamanya?
Konsep kita mengagungkan pesalah ni, sama sahaja dengan konsep menyalahkan-wanita-sebagai-punca-mereka-dirogol instead of salahkan si-perogol-nokhare-kau-apehal-nak-rogol-anak-orang-sekati-je-orang-lain-pun-bernafsu-jugak.
Biasa orang akan komen:
'Tu lahhh, pakai seksi sangat. Kang dah kena.'
'Tu lahhh, jalan sengsorang memalam. (takde muroqib. eh?)'Bukan maksud aku salah bagi kata-kata 'nasihat' ni. Benda bagus, sebagai langkah pencegahan awal.
Tapi, berapa ramai je yang condemn si perogol? Jarang. Atau tak pernah dengar lagi orang salahkan perogol kalau ada kes. Orang akan salahkan si mangsa.
Pelik kan? Padahal, yang salah, perogol. Untuk baca lebih lanjut pasal ni, ada post-baekkk-punya pasal ni.
Entah kenapa aku rasa kalau pakai perkataan yang kurang baik, rasa macam lagi power daripada pakai kata-kata biasa. Cam contoh, 'Perangai kau, macam haram lahhhanat'. Berbanding, 'Perangai kau, kurang baik lah'.Biasa lelaki, dia takde masalah lah kot bab-bab mulut-puaka, tapi tak bermakna kita boleh sekati-sekati main lepas. Haha.
Haha, faham kan? Tapi tu lah, ustazah sekolah lama pernah kata, 'Kata-kata buruk, lahir daripada orang yang buruk perangainya. Orang yang buruk perangainya, tempatnya? Syurga?'
Haaa, sendiri jawab.

semoga kita tak tergolong dikalangan orang yang mulut puaka
ReplyDelete