'Hye korang!'.
Asyik aku je tanya korang apa khabar korang semua, koranglah pulak tanya khabar aku lak.
Orait, sekarang ni, dah tengah malam kat sini. Alhamdulilah, bilik sejuk sejuk macam biasa. Tapi, bukan pasal bilik yang aku nak cerita kali ni.
Seriously, aku rasa kosong gila sekarang. Hati aku, kosong gila.
Pfft, jangan cakap,
"Mir, pergilah baca Quran. Sembahyang sikit. Baru hati tak kosong".
Aku taknak dengar benda tu. Aku tahu benda tu.
Aku cuma, dah lama tak contact dengan Mak Abah aku. Handset aku hilang, simcard aku pun takde. Tak renew lagi simcard aku. Dorang pun, jarang online. Selalu pun, aku mesej thru handset.
Walaupun kredit banyak habis, tapi aku tak kisah. Asalkan Mak Abah tahu aku kat sini, okay okay sahaja. Apalah sangat kalau nak banding dengan pengorbanan dorang lindung kau dari kecik.
Kedai nak renew simcard lak, buka tengah hari, tutup pukul 2 lebih. Time tu lak, aku ada kelas. Memang entah bila lah nak renewnya.
Aku ingat, aku kental. Aku boleh tahan duduk jauh jauh dengan Mak Abah ni. Ya, aku memang kental. Aku memang kuat. Secara luaran. Nampak okay.
Tapi, dalam?
Aku dahagakan kasih sayang daripada Mak Abah aku. Aku betul betul takut dorang pergi. Kalau boleh, taknak dorang pergi dari dunia ni. Tapi, tak boleh lah kan. Sebab setiap yang hidup, akan mati.
Tapi, aku tahu, aku bukanlah anak yang baik dan soleh yang boleh jumpa Mak Abah kat Syurga nanti. Silap silap, aku yang tarik dorang ke Neraka.
Dari kecik, banyak masa aku habis dengan kengkawan. Sekolah menengah lak, masuk asrama. Balik time cuti je.
Sekarang, tengah belajar. Balik, setahun sekali. Nanti dah kerja, sibuk dengan kerja, raya je jenguk Mak Abah. Tak masuk lagi kalau dah kahwin.
Berapa banyak masa yang kita ada untuk Mak Abah kita?
Aku ingat lagi dulu, time darjah satu. Aku ada kerja cikgu seni suruh buat. Seriously, aku tak tahu nak buat cemana. Lagipun time tu, dah tengah malam.
Baru kelam kabut nak buat kerja cikgu suruh. Kena imbangkan lidi yang kiri kanannya, ada lukisan haiwan yang dihubungkan menggunakan tali kat lidi tu.
Aku harap, korang faham lah cemana. Aku dah google, tapi tak jumpa. Sorry.
Dengan resahnya, aku bagitahu Mak.
'Mak, esok Along ada kerja nak kena siapkan. Tapi, Along tak reti buat, Mak. Cemana ni?'Rengek aku, kepada Mak.
'Along jangan risau. Along letak je bahannya tu kat atas meja makan. Nanti, Mak buatkan'Aku tidur lena malam tu. Pagi esoknya, perkara yang pertama aku tanya kat Mak aku, adalah kerja seni tu.
'Mak, dah siap ke Mak?'
'Dah siap Along, ada kat atas meja makan tu'Terus, aku bersiap. Ke sekolah. Sambil membawa kerja seni yang Mak buatkan. Hasilnya, memang superb. Tak setanding kengkawan aku yang lain.
Orait, stop sampai situ. Then, beberapa belas tahun kemudian, aku imbas kembali cerita ni.
Ya Allah, derhakanya aku.
Aku tak ucapkan terima kasih langsung.
Aku tak pernah rasa apa yang Mak rasa.
Sedangkan time aku minta Mak buatkan tu, Mak baru sahaja nak rehat daripada segala kerja rumah yang dia dah buat.
Mak ada buku dan kertas untuk ditanda pada malam tu.
And aku tak tahu, Mak mengorbankan masa rehatnya untuk kerja seni tu.
Apa yang aku tahu, aku desak desak Mak untuk siapkan kerja seni tu.
Aku time kecik ni pun dah pandai desak desak Mak, aku tak pasti kalau ada dah besar nanti, bila punya harta, pangkat dan kuasa, adakah aku mampu lagi untuk dakap Mak Abah sepertimana dorang dakap aku masa kecil dulu.
Apa pun, aku masih bersyukur aku masih ada Mak Abah. Kengkawan kat sini, ada yang dah takde Mak, takde Abah, atau kedua duanya sekali.
Hargai, sebelum tiada.
p/s: Dua hari lagi, hari jadi Mak. Anyonyonyo, gembiranyaaa. Harap harap dapat Skype ke apa. Lama tak jumpa.
:)
No comments:
Post a Comment