Assalamualaikum dan selamat malam bagi penduduk Jordenggg.
Haha, untuk hari ni sahaja, dah dua post aku tulis termasuk yang ni. Amboi, kalah facebook.
Nasib aku tak layan blog ni sama macam twitter.
Kalau tak, mahu tiap waktu post something.
Orait, tadi aku baru habis exam oral patho. And, rata-rata kata susah. Soalan susah lah, tambah-tambah dengan carry marks yang sikitlah apa lah.
Biasalah tu. Esok pulak, exam pharmacology pulak. Mak aihhh. kena banyak menghafal paper ni. Haha.
Sebenarnya, waktu aku otw balik ke rumah, aku berjalan belakang seorang classmate aku. And bila naik kat bangunan kitorang, dia pun tegur aku. Actually, aku yang tegur dulu. Saja cakap dia tegur dulu supaya nampak macam aku ni hot gila lahhh kannn. Luls.
'Weh, tadi paper susah gila. Carry mark aku dah lah sikit je. Aku rasa, aku kena reseat paper tu lah. Aku dapat jawab sikit je', luah si Peah.
Aku time tu, walaupun luar nampak tenang, tapi dalam hati, gundah-gulana memikirkan pasal paper tadi terus menyailang pok pek pok pek si Peah ni.
Aku kata, 'Alaaa, rileks lahhh. Aku lagilah teruk daripada kau. Aku pun rasa aku kena reseat paper tu jugak. Daripada 40 soalan tadi, aku rasa aku dapat jawab 3 je. Tu pun tak tahu entah betul ke idak'.
Terus, dia berhenti pok pek pok pek. And dia masuk rumah dia, aku terus melangkah ke rumah aku dengan diakhiri dengan ucapan 'Selamat berjaya esok'.
Bila aku sampai rumah, aku tak tahu nak buat apa. And aku terfikir balik kejadian tadi.
Aku tak sepatutnya cakap bahawa aku lagi teruk daripada dia. Dia tengah dalam proses nak meluahkan perasaan dia. Perasaan selepas menjawab exam.
Bayangkan, kita tengah nak lepaskan apa yang kita rasa, orang tu terus potong apa yang kita nak cakap dengan mengatakan bahawa dia lagi bla bla bla.
Macam contoh, mak kita balik rumah lepas kerja penat penat kat sekolah. Sampai je kat rumah, mak kita cakap, 'Along, mak penat sangat hari ni. Tadi mak ada training bola jaring dengan budak sekolah'.
And tertiba aku balas balik, 'Mak, along lagilah penat kat rumah ni. Along cuci baju, kemas rumah, mop lantai, sapu lantai, bersihkan kipas, masak air, masak nasi'.
Eventually, mak kita akan berhenti bercakap. Berhenti meluahkan apa yang dia rasa hari tu. And pada masa sama, aku rasa, mak kita akan rasa kecik hati sebab kita tak cuba untuk memahami apa yang dirasa.
Walaupun kita tak boleh merasa 100% apa yang dia rasa, at least, kita dah ringankan bebannya dengan hanya mendengar. Ya, dengan mendengar.
So, lepas ni, kalau mak kita cakap dia letih ke apa, kita kena 'layan dan selami apa yang dia rasa'.
Contohnya, mak kita penat. Kita tanya mak kita, kenapa penat, sebab apa, pastu tenangkan fikiran dia. Jangan cakap apa apa masalah kita. nak lagi sweet, cakap kat dia, 'Takpe mak, hari ni, mak berehat je. Biar along masak apa semua. Mak nak air apa mak?'.
So, dalam situasi aku ni, lepas si Peah tu luahkan masalah dia, aku patut layan je apa yang dia nak cakap, apa yang nak diluahkan. Aku tak sepatutnya membandingkan masalah dia dengan masalah aku.
Dia akan rasa nak berhenti daripada teruskan luahan perasaan tu. Seolah-olah kita taknak dengar apa yang dia cakap. Bagi dia rasa dihargai, walaupun diri kita ni, tiada siapa yang menghargai. Ecehhh. Haha.
Aku tak tahu lah contoh yang aku bagi ni sama dengan contoh kejadian si Peah ni.
Tapi aku harap, korang tahu, point utama aku.
Jadilah manusia yang bermanfaat untuk orang lain.
Sekian cereka malam ni. Salam. Adiozzz.

best!
ReplyDeletekalau yg bab mak baru balik tu, memang xdpt nak nafikan lah.haha. tapi bab peah tu, lepas ko ckp ko lagi teruk, mungkin tu satu jwpn kelegaan utk dia. haha. yelah,msti dia pikir, kalau ak teruk, ade lagi budak lagi teruk dri ak. kalau kena reseat pun, boleh reseat ramai2! dah xyah nak risau sgt. haa. nampak x jwpn ko da bg kelegaan kt dia.hahaha
ReplyDelete