16 January 2013

Cikgu Benita dan Si Gemuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera si cantik dan si kacak.
'Amboi, bisexual dah kau sekarang. Nak tarik lelaki perempuan miang lettew. Luls'

Aku bukan apa, karang aku letak si cantik sahaja, mulalah kata aku lelaki miang.

Letak si kacak je, mulalah kata aku haaa. Aku tak kata pun. Korang yang kata.

'Baik kau takyah letak si cantik ke si kacak ke apa weh. Kan senang' 

Aku sebenarnya, nak setiap daripada korang rasa bahawa korang sebenarnya dah cantik dan kacak. Tak perlulah rasa rendah diri ke apa.

Okay, abaikan pernyataan kat atas ni semua. Mengarut je. Tapi part yang korang ni sebenarnya cantik dan kacak, tak ngarut.


Kali ni, aku nak sentuh sikitlah pasal riak, takbur, sombong, bongkak dan segala yang berpaut dengannya. Macam ni, aku baru habis exam tadi. And exam tadi, ada beberapa soalan yang kena kira kira sikit.

Bila dah sampai masuk kira kira ni, aku sukalah. Sebab dalam jurusan yang aku ambik sekarang ni, susah sangat nak jumpa subjek subjek yang memerlukan perkiraan.

So, aku dengan confidentnya kata dalam hati, 'Heh, bebudak ni mesti tercanak canak nak kira cemana soalan soalan ni'.

Aku pun keluarlah segala jurus matematik tambahan aku belajar dulu kat Maahad Tahfiz Diraja. Semata mata nak jawab soalan exam tadi. And kira kira, punya kira kira kira, aku tak dapat jawab. Nak hentam pun, rasa macam rugi pulak. Sebab ada lebih kurang 5-6 soalan yang berbentuk macam tu.

Aku fikir fikir balik, haih, takkanlah aku ni tak boleh nak kira kira ni. Mesti ada something wrong.

Aku kiralah balik. Tak dapat.

Aku kira lagi. Tak dapat.

Last last, tinggal baki 5 minit. So, time time cenggini, tahap kebergantungan aku kepada Allah Yang Maha Esa adalah antara pada tahap yang paling tinggi. Tahap mokhsya orang kata.

Itupun sebab aku nak main tembak tembak jawapan.

Habis 5 minit, habis masa exam. And still, aku tertanya tanya, kenapa aku tak boleh jawab soalan soalan kira kira tadi, walhal aku sebenarnya boleh je kira.

Aku pun terkenang masa aku darjah enam dulu. Time aku gemuk gemuk dulu. Sekarang pun gemuk jugak sebenarnya. Aku minat sains masa darjah empat lima enam dulu. Cikgu sains aku nama dia, Puan Benita.

So, boleh dikatakan aku ni pelajar pandai lah dalam matapelajaran sains waktu tu. Takde masalah kat situ, masalah dia sebenarnya, aku ni, macam sangat kurang ajar dengan cikgu sains.

Time tu aku tak sedar. Tiap kali cikgu mengajar, aku menyampuk. Setiap kali budak kelas aku tanya, aku macam perlekehkan dorang.

'Elehhh, pokok jagung daun selari ke daun jejala pun tak tahu. Daun selari lah. Akar dia kan serabut' 

Terang terang pun aku berani, dalam hati lagi lah. Pada aku, semua orang macam aku.

Time tu, aku tak sedar apa. Mungkin kengkawan pun segan nak tegur, ye lah, budak pandai kan. So, aku yang 'smug' ni, dalam keadaan yang tak sedar aku berlagak ni, hidup macam biasa kat sekolah rendah lelaki tu, sampai darjah enam.

Lepas dapat result UPSR, tahu tahu, aku dapat B dalam sains. Aku cam tak caya gila. Aku frust jugak seminggu dua. Time dapat result tu, cikgu Benita ada tanya aku, dapat berapa.

'Kamek dapat sains B, cikgu' 

'Okaylah yaaa, ada jak rezeki kat siney siney pun' 

Balik rumah, mak aku yang juga merupakan seorang guru sekolah, tanya aku something.

'Along, kenapa boleh dapat B along? Along kan pandai sains. Along kan minat sains' 

'Entahlah mak, along pun tak tahu ni. Hemmm' 

'Maybe along ada buat salah dengan cikgu ke? Berkat cikgu tu, penting long' 

*terkesima seketika dan terus menyendiri kat bilik sambil tengok jiran rumah depan yang merupakan crush aku time tu main kejar kejar dengan adik-adik aku, tapi aku tak dapat join, sebab aku gemuk dan bila orang gemuk main kejar kejar, asyik aku je lah yang jadi. Manjang je aku yang kena sep dulu*

Time ni lah baru aku terfikir dan tersedar semua ni. Kesombongan aku, keberlagakan aku, bukan sahaja kepada cikgu Benita, tapi kepada kengkawan aku semua. Hasil dia, aku boleh nampak kat result aku.

Sejak daripada tu, aku perasan je, setiap kali aku berlagak, rasa riak dengan orang lain ke apa, mesti lepas tu ada something yang tak elok akan berlaku.

Macam contoh, kalau tengah main game ke apa, bila tengah leading, kita berlagak, rasa bangga, rasa lebih hebat compare dengan orang lain. At last, kita kena titik.

Banyak lagi perkara perkara yang lebih kurang macam ni yang aku selalu rasa. Tak mampu aku nak tulis lagi. Kesian lak korang nak baca baca ni.

Aku harap point yang aku try sampaikan, korang faham.

Salam. Adiozzz.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...