12 October 2013

Salmah Yang Terlanjur

Salmah datang menghampiriku semalam.
'Along, Sal ada nak cakap something ni Along'.
Bisiknya. Bancuhan susu untuk cucu pertama Mak aku, terhenti sekejap. Aku pandang Salmah.
'Kejap ye, Sal. Nanti kita sembang. Nak bagi susu kejap'.
Then, terus aku pergi ke ruang tamu, tempat Salmah mengadap drama Korea kat TV.
'Ye Sal, ada apa?'.
Salmah menutup TV. Matanya bergenang air mata.
'Along, Sal dah terlanjur'.
'Kamu sedar apa yang kamu cakapkan ni, Sal?'.
Salmah mengangguk. Aku yang tak tahan untuk menahan air mata, terus menamparnya di pipi merahnya. Tak perlulah aku nukilkan bersama kata-kataku yang telah ku hamburkan kepada Salmah. Aku juga menghalaunya keluar.

Sejak peristiwa itu, aku sudah tidak melihat mahupun mendengar sebarang berita tentang Salmah. Genap 5 tahun, aku bagai kehilangan seorang adik aku yang bernama Salmah ini.

Ya, aku menyesal. Ya, aku salah. Tapi, aku harap, korang yang baca ni, takkan ulangi kesilapan aku ini. Aku terfikir balik seketika.

1st sekali, kenapa Sal sanggup cerita hal tu kat aku? Sedangkan kitorang 5 beradik. Kenapa dia tak cerita kat Angah je? Salmah juga boleh cerita kat Mak. Apa yang aku tak tahu, mungkin pada aku, dia sama sahaja seperti adik-adik aku yang lain.

Tetapi apa yang aku tak tahu, di mata dia, aku merupakan seorang yang dia caya gila sampai dia sanggup luahkan kesilapannya tempoh hari. Dia yakin kalau dia beritahu kat aku, aku akan tolong dia. Sebelum dia nak cerita tu, mesti dia dah fikir masak masak dah. Akan tetapi. segalanya, sudah terlambat. Aku terus mengherdiknya, menghalaunya, tanpa aku memahaminya, sedalam-dalamnya, masalahnya.

Aku baru sedar yang sebenarnya, manusia ni, kalau dia ada masalah, and dia cerita kat kita, dia tak minta banyak pun, dia just nak kita dengar masalah dia. Ya, aku dengar masalah dia. Tapi, aku tak mendengar dengan betul masalahnya.

Apa yang aku tahu, Sal salah. Tapi, tahukah aku kenapa dia boleh terlanjur? Tahukah aku dengan siapa dia berkawan sampai dia boleh terlibat dengan bebenda ni? Tahukah aku yang dia di bawah pengaruh dadah ketika kejadian tu? Takde. Aku tak ambik tahu pun. Kalaupun aku taknak ambik tahu pun, aku yakin, Salmah mesti ada cerita yang panjang untuk didengarkan kepadaku.

Tapi belum sempat dia nak cerita, aku dah tampar dia, aku dah caci dia, dan aku halau dia. Argh, kalaulah masa boleh diundurkan semula.

Sejak peristiwa Salmah ni, aku betul-betul faham yang manusia, memang tak lari daripada kesilapan. Ya, pada aku, mungkin itu suatu kesilapan yang sangat bodoh untuk dilakukan. Aku bolehlah cakap macam tu, sebab, zaman aku sekolah dulu, takdak bebenda ngarut ngarut ni.

Salmah tu, jenis orang yang mudah terpengaruh. Kengkadang, lepak dengan bebudak baik, kengkadang, dengan rempuan nakal. Zaman aku sekolah, pada zaman 80-an. Zaman di mana, gejala sosial, boleh dikatakan berkali ganda kurang dengan zaman sekolah si Salmah.

Zaman Salmah ada kat alam persekolahan, bermacam macam anasir jahat tembus masuk ke dalam sekolah. Rokok, dadah, apa semua, semua ada. Zaman aku, takdak bebenda ni. Ada pun, kesnya, sangat rare. So, tak mustahil, Salmah boleh terjebak dengan bebenda ni. Lagi lagi, kalau dah lepak dengan memember cenggitu.

Aku pun, dah takdak idea nak tulis apa lagi. Sebab makin aku fikir pasal Salmah ni, makin aku rasa macam nak bunuh diri. Rasa macam jadi abang yang tak guna gila. Siapa lagi untuk dia bersandar, kalau bukan ke aku. Kesimpulannya, kalau ada orang nak sembang dengan kita, dengar elok-elok. Dia ada sebab kenapa dia pilih kita untuk dia cerita.

Sebabnya, dia caya kat kita, dia yakin yang kita boleh tolong dia. Lagi-lagi kalau masalah dia tu, adalah satu masalah yang besar. Tak guna kita pukul dia, caci-maki dia. Tak guna.

Benda tu, sikit pun tak selesaikan masalah dia. Lagi burukkan, adalah. Makin dia rasa takde orang yang ada kat belakang dia. Takde orang yang ada untuk support dia. Aku tahu, kita semestinya akan terkejut dengan masalah besar yang diluahkan. Lagi lagi, diluahkan oleh ahli keluarga kita sendiri.

Something yang luar biasa pulak tu yang terjadi. Kita terkejut. Tapi, kena rasional balik, takkan mudah-mudah dia untuk buat kesilapan besar cenggini. Mesti ada sebab. Mesti ada faktornya. Sebab fitrah kita sebagai manusia, adalah melakukan kebaikan. Bukan kejahatan. Kalau betul pun dia sengaja buat jahat, time dia mengaku dengan kita tu, mestilah dia nak bertaubat gila-gila punya. Janji dah taknak ulang apa semua kannn.

Rasanya, korang dapat kan point yang aku try sampaikan? Kalau korang berdepan dengan situasi aku ni, ingatlah balik cerita aku ni. Cuba rasa kalau kita ada di tempat Salmah? Kita akan buat benda yang sama juga. Kita juga nakkan orang yang rapat dengan kita, support kita.


Hebat kan Allah s.w.t. boleh ampunkan segala dosa hamba-hambaNya? Kita, adik kita buat salah sikit, bukan takat tak maafkan, makin ditibai adiknya tu, adalah. Kita contohi Salmah, dia buat salah, dia mengaku dan mengadu.

Salah ke manusia, cecepatlah minta maaf. Salah ke Tuhan, pun sama.

p/s: Aku rindu kau, Salmah. Along dah lama maafkan kamu. Hemmm.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...