21 September 2013

Satu Pendapat Tentang Muroqib dan Seisinya

Salah satu isu yang selalu diperkatakan di Irbid adalah isu muroqib. Isu ni sebenarnya, pada aku, takdelah kompleks mana pun. Dia jadi kompleks apa semua ni, bila kita saling menyalahkan sesama kita.
'Syabab malas nak muroqib kitorang. Bukan sesaja taknak ada muroqib. Eh kau ni'
'Akhawat ni, masalah lah. Aku bukan malas, dia minta lambat sangat. Deliver pizza pun setengah jam kau tahu tak?'
Benda yang aku tulis ni pun, adalah terhad berdasarkan kepada pengalaman aku berada di Irbid ni selama setahun dua. Aku syabab, dan mostly apa yang aku akan tulis ni, mungkin dari sudut pandang kebanyakan syabab dan aku juga mungkin akan cerita dari sudut pandang akhawat berdasarkan reviews yang akhawat berikan.

Mungkin juga kalau dari sudut pandang akhawat tu, aku ada salah cerita sikit ke apa sebab nak menangkan syabab kan. Haha. Ego lelaki tetap kena ada. Mana boleh kalah. Haha. And kalau ada akhawat (dan syabab) yang tak puas hati ke apa, bolehlah bagitahu.

Orait, kita start kaji balik mana permasalahan antara kita dua jantina ni. Kita mulakan dengan contoh ni.

Masa, bro. Haih. Telefonlah awal-awal.
'Aku panas betul dengan akhawat sorang ni. Dia nak minta muroqib. Aku okay je. Masalahnya, mintalah awal-awal. Ini tidak, lagi 15 minit nak keluar, baru telefon. Aku pun ada kerja aku juga.'
Ya, mungkin bukan sengaja akhawat untuk meminta khidmat muroqib lambat-lambat. Aku caya, dorang bukan sengaja telefon lewat-lewat. Rata-rata dah tahu rasanya kalau nak telefon, at least sejam sebelum.

Tapi, cerita sebaliknya yang berlaku, kita jarang tahu. Kengkadang, dorang bukan telefon lambat. Dorang dah telefon awal-awal dah sebenarnya, tapi kebetulan time tu, syabab yang biasa dihubungi apa semua, sibuk. So, kengkadang tu, 45 minit je, habis sebab nak cari muroqib je.

Pada aku, untuk atasi masalah ni, akhawat janganlah terlalu rigid dengan rule kena telefon sejam awal. Tak keterlaluan kalau aku cakap, seeloknya, telefonlah sejam setengah ataupun 2 jam sebelum kita nak request khidmatnya. Takde masalah pun. Lagi-lagi, kalau kita nak request muroqib ke airport ke apa. Takde masalah pun kalau kita request seawal mungkin.
'Amboi, awal betul haaa nak requestnya tu. Muroqib je pun. Bajet apa kau'.
Haha, niat aku cakap ni pun, bukan nak bagi nampak macam syabab ni macam hot gila ke apa sampai nak kena request awal-awal. Tapi, masing-masing kena faham, kita ni, semua students. Bukannya pizza yang boleh siap setengah jam. Syabab pun, kalau berdepan dengan hal cenggini, kalau free, hulurkan bantuan. Lagi-lagi, jika berlakunya kecemasan.

Bila akhawat dah telefon awal-awal apa semua, syabab janganlah lengah-lengahkan masa. Lambat 5-10 minit, mungkin dapat dimaafkan. Tapi, kalau dah setengah jam baru nak sampai, susah juga. Kita kena faham juga yang akhawat pun, ada kerja sendiri yang perlu dikejar.

Syabab datang lambat even dah telefon awal-awal?

Ada je akhawat yang lama sangat tunggu muroqibnya, terpaksa bergerak tanpa muroqib ke tempat yang dia nak pergi tu. Sebab memang nak kejar masa. Tapi, tu lah, cerita di pihak syabab pulak, kita jarang tahu.

Siapa tahu, syabab tu lambat sebab tertiba hal lain? Siapa tahu syabab tu lambat sebab nak ajak member join muroqib sekali? Pada aku, memang susah nak ajak member join muroqib sekali. Lagi-lagi, kalau jenis akhawat telefon, nak minta 8-10 syabab untuk muroqib ke pelbagai tempat.

Pada aku lah, pada aku, kalau kita nak assignkan sorang syabab tu untuk cari muroqib yang ramai, sangat tak efisien rasanya. Masa banyak terbuang just nak pujuk member join sekali. Syabab ni, kalau lelaki yang ajak, memang cemacam haaa alasan keluar. Kerja itu lah, kerja ini lah. Last-last, main game juga. Haha.

Apapun, akhawat lewat ke, syabab yang lewat ke, minta maaflah sekiranya berlaku kelewatan. Tolong. Tak masuk neraka pun kalau minta maaf berlainan jantina.

Cuba kalau akhawat yang telefon, lima minit pun boleh bersiap-siap nak muroqib terus. Untuk syabab, aku sendiri pun tak tahu nak nasihatkan cemana, tapi aku rasa, benda-benda tanggungjawab ni, kena lahir dari dalam diri. Cuba anggap akhawat ni as adik beradik perempuan korang.

Takleh dorrr nak develops rasa tanggungjawab tu.
'Aku takde adik beradik perempuan dorrr. Cemana nak lahir perasaan tanggungjawabnya tu?'
Kalau takde adik beradik perempuan pun, at least, anggaplah dorang as mak kita. Pernah tak kat Malaysia, kalau mak kita sengsorang kat rumah, abah takde, mak kita mesti pernah cakap macam ni.
'Along, teman mak ke pasar jap Along. Boleh? Pergilah bersiap cepat'.
Even siang-siang, ke pasar je pun, mak kita tetap perlukan someone untuk buat dia rasa lebih terpelihara bila abah kita takde. Apatah lagi kalau akhawat yang kat sini. Dorang selalu je rasa insecured-dunno-what-for. Rasa perlu untuk dilindungi selalu. Eceh, sekati aku je cakap macam ni, macalah aku akhawat. Haha.

Takkan nak biarkan adik-adik kita jalan-jalan sengsorang apa semua. Rasa tanggungjawab ke atas perempuan ni, dia develops sikit-sikit. And harapnya, by the time kita dah ada anak, lagi-lagi anak perempuan, kita dah bersedia untuk jaga anak-anak kita khususnya anak-anak perempuan.

Ingat lagi kes ni?


Kes 25 November 2012
Jomlah beringat, sebelum kena.


Asal aku je asyik kena? Tahulah aku ni innocent sikit.

Lagi satu, kepada akhawat, jangan target sorang syabab tu je jadi muroqib. Unless, dia memang dah jadi muroqib tetap korang. Bukan apa, kesian kat dia. Asyik dia je kena.

Syabab pun, kalau busy ke apa, kuatkan hati untuk cakap tak untuk muroqib. Faham je yang kita ni, kengkadang tak sampai hati nak cakap tak. Elelelehhh. Haha.

Seeloknya, akhawat pelbagaikan syabab untuk dijadikan muroqib. Ramai je syabab yang ada kat Irbid ni. Aku cakap ni, bukan apa, sebab hari tu, aku ada baca spreadsheet muhasabah pasal muroqib ni.

Ada lah sorang hamba Allah ni, dia kata:
'Ana pelik akhawat kata takde syabab yang free sekian-sekian. Padahal, ana tak pernah dapat pun panggilan muroqib daripada akhawat'.
Mohon kepada syabab berkenaan, silalah mengaku. Senang kalau papehal, aku boleh minta tolong kau. Haha. Haaa, so, nampak tak? Ramai je yang okay-okay. Ramai je yang nak. Cuma kita je tak perasan atau tak cuba untuk minta daripada syabab-syabab yang ada kat Irbid ni. Tak cuba try request, mana nak tahu kan?

Aku tak puas hati lah pasal positioning time muroqib ni.

Rata-rata akhawat, complain yang muroqib selalu tinggalkan akhawat kat belakang. Lagi-lagi, kalau muroqibnya tu ada geng nak sembang. Memang lupa lah akhawat yang kat belakang.

Salah dia, bukan kat muroqib tu duduk depan ke belakang ke apa. Salah dia, bukan kat sembang-sembang. Takde masalah tu semua. Cumanya, apa yang terlebih pentingnya, kita kena sentiasa alert lah time-time muroqib ni. Ingat, kita ni, tengah jadi 'bodyguards' akhawat.

Akhawat pun satu, kalau syabab dah macam nak jauh sikit dari korang, tegurlah dia. Tahu je korang ni macam malu-malu, ataupun bukan sebab malu, cuma disebabkan suara korang yang halus, si syabab muroqib ni, tak dengar panggilan korang. Cadangnya, sebelum gerak, pesan siap-siap kat syabab, jangan laju sangat ke apa. Lagi-lagi kalau lalu kat jalanan yang penuh dengan orang ramai.

Dari belah syabab pulak, itulah, kenalah sentiasa peka. Jalan 50 meter, kalau korang kat depan, usha belakang. Tengok mana akhawat yang dimuroqibkan. Kalau korang kat belakang, okay je rasanya. Kalau tanya pendapat aku, aku cam tak berapa selesa duduk belakang akhawat time muroqib. Aku lebih suka duduk depan. Aku rasa, akhawat cam tak berapa nak selesa kalau kita duduk belakang dorang. 

Time tengah muroqib, masing-masing, dari belah syabab mahupun akhawat, usha-ushalah sekeliling. Tengok-tengok kalau ada sebarang cubaan ke apa.

Kedudukan Asas Muroqib
Aku tengok, makin lama, makin hilang adab-adab muroqib.

Tentang adab-adab ketika dimuroqibkan/muroqib, sejujurnya, aku bukanlah orang yang berada di tempat yang betul untuk menegur tentang ni. Sebab aku pun mengaku, aku pun, kengkadang/selalu je abaikan adab-adab muroqib ni.

Seriously, ramai orang tegur benda ni. Ada senior yang tegur, dan ada juga yang muda-muda/sebaya ni tegur. Bagus dorang ni tegur. Sebab benda yang dorang tegur ni, bukanlah ke arah kejahatan pun kan.

Aku bagi contoh, kalau muroqib dengan batch, confirm-confirm ada sembang sikit-sikit benda-benda yang tak penting. Faham je kan cemana? Ke korang tak pernah buat? Aku sorang je? Ogayyy aku sorang je.

Bukan apa, aku pun tak tahu nak terangkan hukum apa semua. Aku percaya, korang lagi arif daripada aku. Tapi, apa yang aku dapat simpulkan, jagalah batas-batasnya. Dia bila dah rasa lain sikit tu, eloklah berhenti.

Sekadar peringatan bersama-sama.
'Keselamatan bukanlah terletak sepenuhnya di atas pundak pimpinan Permai. Isu ini adalah isu bersama, dan adalah tanggungjawab bersama'
Sibuk pasal selamat ke idak kat dunia ni, jangan lupa fikir selamat ke idak time kat akhirat nanti.

[Post ni sebenarnya dah lama jadi draft kat blog ni. Cuma tak publish je. Ada komen ke apa, bagitahu]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...