14 January 2013

Dah dapat suntikan HPV?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar keluarga kita? Jangan pernah kita lupakan dorang, sebab dorang lah satu-satunya keluarga kita kat dunia ni, takde apa yang boleh gantikan dorang. Paling-paling pun, like lah post-post family kita kat FB sebagai tanda kita masih ingatkan dorang. Hahambar.


Tajuk post takde kaitan dengan isi. Tapi make sure, saudara perempuan korang semua dah dapat suntikan HPV.

Hari ni, aku terfikir. Terbayang suatu situasi. Entah macam mana entah aku dapat situasi ni time time aku jawab paper tadi. Actually, bukan paper sangat pun, kat tempat kitorang, jawab exams pakai komputer. Klik klik, settle.

Berbalik kepada cerita asal, aku terbayang, kalau aku secara tertiba, jadi the chosen one yang dapat tahu esok adalah tarikh kematian aku. Maknanya, aku ada 24 jam sebelum aku mati.

Apa aku akan buat?


Jawapan tipikal yang kita akan dapat, beribadat, solat, puasa (erk, sempat ke? sekarang dah tengah hari kot), minta maaf kat memember sempat mengumpat dia, dan sebagainya.

Okay, dalam 24 jam yang tinggal, semestinya 5 solat fardhu yang aku buat, adalah antara solat-solat yang paling khusyuk pernah aku buat. Begitu juga dengan solat-solat sunat.

Then, aku kena minta maaf kat semua memember yang aku pernah umpat dorang belakang-belakang. Bapaklahhh, segannya. Tapi takpe, esoknya aku mati. Lebih baik aku malu kat sini, daripada aku angkut dosa orang.

Aku akan sedekahkan duit-duit tajaan aku semua kat masjid/fakir miskin/ dan sebagainya. Okay, dan lain lain. Tahu je kan segala kebaikan lain yang boleh kita buat. Malas cerita panjang.

Point yang aku try nak sampaikan adalah, dalam masa 24 jam kita beribadah apa semua ni, mampukah kita kumpulkan dan menjadikan pahala kita lebih berat daripada dosa-dosa kita?

Dalam solat-solat yang telah kita dirikan selama 24 jam ni, mampukah memberatkan timbangan pahala kita melebihi dosa-dosa kita?

Kita sedekahkan duit apa semua, mampukan pahala sedekah itu melebihi timbangan dosa-dosa kita.

Sesungguhnya, ketahuilah bahawa dosa-dosa kita, maha banyak. Kalau beribadat 24 jam sekali pun, aku rasa, takkan boleh tandingi dosa-dosa kita yang menggunung.

Tu tak fikir balik pasal ujub, riya', takbur dan sebagainya, dosa besar kot. Benda-benda cemni senang-senang je dapat. 

Kengkadang, bila kita tengok housemates kita tak sembahyang masjid, tak baca al-Quran ke apa, hati mulalah berkata-kata seolah-olah berbangga bahawa kita lebih baik daripada mereka.

Bukankah ini telah wujudnya perasaan tersebut?

Dosa kecik-kecik pun, kumpul-kumpul, lelama jadi dosa besar jugak.

So, muhasabah balik, fikir-fikir balik dosa-dosa yang telah kita buat. Secara sedar atau tidak.

Kesimpulan aku, kalau aku diberi 24 jam sekalipun sebelum aku mati, nescaya aku tidak mampu untuk memberatkan timbangan pahala aku melebihi dosa-dosa aku.

Akhir kata, kalau study last minute pun terkapai-kapai nak jawab exams, inikan pula amal-amal last minute. Confirm-confirm susah nak jawab kat akhirat kelak. Tak lancar dan sebagainya.

Soalan kepada penulis dan juga pembaca untuk post kali ini. 

Apa yang kita (aku) lakukan untuk agama kita? Sudah tegakkan Islam dalam diri? Kalau belum, macam mana nak tegakkan Islam di atas muka bumi Allah ni?

Salam. Adiozzz. Esok lusa exam lagi. Doakan kitorang. 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...