Bismillah.
Aku hanya menyampaikan sahaja ilmu kewangan daripada Tuan Alwi Adam. Minggu lepas, alhamdulilah berpeluang pergi ke Seminar Kewangan #DIY360FinancialFreedom di Shah Alam. Modal pelaburan ilmu hanya RM50.

Berumur 31 tahun, sudah beristeri dan mempunyai 4 orang anak (kalau tak silap). Pernah bekerja sebagai engineer di Petronas selama 5 tahun dan kemudiannya bersara.
Seingat aku, seminar ini diadakan selepas viralnya video #SayaZahra. Tujuan utama, memang nak membantu generasi Y seperti kita untuk celik kewangan.
Ya, memang tak menolak fakta yang segalanya sudah naik sekarang. Berapa ramai muflis pada usia yang muda? Punca penceraian nombor satu disebabkan apa? Semua disebabkan tiada perancangan kewangan.
Kita tahu terdapat ketirisan di peringkat kerajaan. Harga barang/rumah kian naik. Jadi, dalam lingkungan kuasa kita, kita hanya mampu buat apa?
Kita hanya mampu mengundi DAN MENGAWAL KEWANGAN KITA.
Seminar ini memang memfokuskan kepada hal-hal asas dalam kewangan. Buang atau kikis sifat-sifat pessimis dan ‘suka memberi alasan’ seperti:
‘Alaaa, dia bolehlah kaya. Gaji bersih dah 3k. Gaji aku 2k je’.
Bro, ada kawan sorang ni, dalam seminar ni, gaji 2k je.
Tapi
sekarang? Ada beberapa buah hartanah yang disewakan. Aset lain? Aku yakin mesti
ada lagi, cuma tak sempat di’reveal’kan. Gaji 2k tapi ada beberapa buah hartanah. Rasa cam tak logik kan?
Haha, orait, balik kepada poin asal, apa yang dia ajar?
Ada 11 perkara utama yang disentuh dalam seminar ni:
1) Kewangan Peribadi
2) Matlamat Kewangan
3) Perancangan Bajet
4) Pengurusan Risiko dan Takaful
5) Tabung Kecemasan
6) Pelaburan
7) Persaraan
8) Zakat dan Cukai
9) Pendidikan Anak
10) Pengurusan Hutang
11) Perancangan Pusaka
Untuk post kali ni, aku akan sentuh Bab 1, iaitu Kewangan Peribadi.
Haha, benda ni mesti dah berkali dengar:
Haha, benda ni mesti dah berkali dengar:
"‘Track’ setiap sen yang keluar/masuk dari poket kita."
Nampak ‘simple’ tapi besar kesannya. Cam contoh, masa aku jadi student dulu, waktu awal-awal, aku rasa elaun yang aku dapat sentiasa tak cukup. Walaupun dapat RM2400 sebulan. (Banyak kan?). Tahu-tahu, sebelum hujung bulan, habis dah. Langsung tiada simpanan.
Then, aku try catat setiap perbelanjaan guna app
‘Wally’. Boleh try download.
Alhamdulilah, lepas catat secara istiqamah, dapat tengok duit aku banyak habis kat makanan sebenarnya. Bukan makan-makan biasa, makan-makan yang besar-besar, kat tempat-tempat mewah.
Pada tahun-tahun akhir, aku berjaya menyimpan 60% dari jumlah elaun aku. Banyak sebenarnya boleh simpan masa jadi student ni.

Haha, panjang pulak intro. Apa matlamat buat benda ni sebenarnya?
1) Nak tengok ada lebihan pendapatan kita ke tak
2) Tengok ada aliran positif lebih 10% (pendapatan pasif) ke tak
3) Merancang perjalanan keluar masuk wang
Perkara asas dalam hal ni sebenarnya, kalau tiada lebihan pendapatan untuk disimpan/dilaburkan, maksudnya korang kena:
1) Tambah pendapatan, dan/atau
2) Kurangkan perbelanjaan

Tambah pendapatan cemana? Boleh secara pasif, iaitu pelaburan. Cara lagi satu, usaha kuat sikit, naik pangkat/jawatan untuk gaji yang lebih besar. Tapi, bila dah bergaji besar, jangan pula upgrade sana-sini. Kalau tak, sama je bayar hutangnya.
Kurangkan perbelanjaan cemana? Tengok balik, sama ada itu keperluan atau kehendak. Astro? Kereta Vios TRD Sportivo? Keperluan atau kehendak? Kurangkan mana yang tidak perlu. Lebih-lebih lagi untuk 'Fresh Graduate' yang baru bekerja, hidup pada sekadar yang mampu. Sasarkan untuk hidup stable terlebih dahulu.
Lepas kita kawal benda asas ni, baru lah boleh cakap pasal ‘Financial Freedom’. Tak teringin ke hidup tanpa hutang? Atau sebenarnya, kata lain dia, ada orang lain yang bayarkan hutang kita.
Cuba ambik kertas, tulis kejap benda ni:
A: Pendapatan korang (Gaji bersih + Elaun + Bonus + Bisnes)
B: Pendapatan pasif korang (Dividen + Sewa + Bisnes + Pelaburan)
C: Perbelanjaan korang (Rumah + Kenderaan + Makanan + Bil utiliti + Anak-anak + Sumbangan IbuBapa)
D: Perbelajaan boleh ubah korang (Takaful + Pelaburan)
Okay dah? Lepas kita catat berapa jumlah setiap seksyen, baru kita boleh kira, sama ada kita mampu untuk capai kebebasan kewangan ataupun tidak.
Jadi, bila kita boleh capai level ‘Kebebasan Kewangan’ sebenarnya ni?

Bila B>C korang.
Erti kata lain, pendapatan pasif kita melebihi jumlah perbelanjaan kita. Maksudnya, kalau kita berhenti dari pekerjaan utama kita, kita still boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
Korang takkan tahu bebenda ni selagi mana korang tak catat setiap ringgit yang masuk dan keluar. Itu pentingnya kita tahu setiap sen yang mengalir masuk dan keluar.
Antara ‘statement’ yang aku suka bab-bab ini, bila Tuan Alwi Adam sebut:
‘Sumbangan IbuBapa wajib sama dengan ‘installment’ kereta kita’.
Hahaha, tengok diri sendiri/orang lain. Agak-agak, rule ni
terpakai tak? Tepuk dada.
Cemana nak beli kereta? Apa panduannya?1) Cash (Kereta 2nd hand/bawah 20k)
2) Sewakan rumah (Lebihan, bayar installmen kereta)
3) <15% gaji bulanan anda (Ada yang letak separuh, haiyaaa)
4) 20:5:10 rule (20% downpayment, 5 tahun pinjaman, 10% gaji)
5) Harga kereta kurang dari gaji tahunan
6) Beli 2 atau lebih (Selebihnya disewakan)
Rasanya, yang ramai orang boleh guna adalah kaedah 3, 4 dan 5. Ukur baju di badan sendiri. Kalau gaji 3k, ikut kaedah 5, beli kereta bawah 36k. Rasa cam sikit? Nak kereta besar sikit?
Ikut kaedah 4. Kena simpan dulu untuk downpayment, then bayar tetiap bulan. Jangan bayar lama sangat. Selalu orang ambik 7-9 tahun untuk loan kereta.
Kalau kita ikut rule ni, cam contoh nombor 4, iA lepas 5 tahun, dapat dah kereta tanpa perlu bayar installment setiap bulan.
Tips tambahan tentang kereta?
Aku dapat idea ni lepas dengar orang-orang kaya bersembang waktu kelas Jihad Business School dengan Tan Sri Ali Hashim.
Uncle ni, dia cerita yang walaupun family dia besar, dan time tu dia tak mampu nak beli yang besar, dia tak beli pun kereta-kereta macam Starex ataupun Vellfire.
Dia tahu dia hanya menggunakan kereta besar hanya apabila bercuti balik kampung. Daripada dia beli kereta besar, yang installment beribu-ribu sebulan, dia hanya sewa kereta Vellfire bila waktu cuti sahaja.
Ini lebih menjimatkan sebab dia tak perlu bayar installment setiap dan tiada kos maintainance yang perlu dibuat. Dan even uncle ni dah kaya pun, dia still tak beli kereta-kereta besar, sebab pada dia, ni semua liabiliti. Dan memang kereta ni liabiliti.
Better dia bayar installment rumah dengan duit beribu-ribu tu. Setidaknya, letak di unit amanah. Jadi, terpulanglah.
Seterusnya.
Kita pergi ke skop yang lebih besar, Nilai Aset Bersih (Net Worth Statement).

Kita biasa nilai orang tu kaya ke tak dengan kereta yang dia pakai. Hahaha, makin power kereta, makin kaya.
Ini mindset yang perlu diubah sebenarnya. Semua orang tahu, kereta memang liabiliti. Orang kata, lepas buka plastik je, harga kereta memang turun.
Yelah, kerja besar, kereta kena besar. Hakikatnya? Miskin. Rumah pun takde. Duit habis tiap hujung bulan. Hutang keliling pinggang.
Cemana nak tahu nilai aset bersih kita?
1) Bezakan aset dan liabiliti
2) Aset adalah benda yang jana pendapatan untuk kita
3) Liabiliti adalah benda yang kurangkan pendapatan kita
So, senaraikan:
A: Aset (Tunai/Unit Amanah (ASB TH UT)/Saham/Hartanah)
B: Liabiliti (Rumah/Kenderaan/Pinjaman Peribadi/Kad Kredit/Ansuran Mudah Kot Memot/Hutang Lain)Dan habis senaraikan? Berapa sebenarnya ‘Net Worth’ anda?
Net Worth: A-B
Benda ni lah yang dinilai kalau nak tengok orang tu kaya ke
tak. Bill Gates tak dinobatkan sebagai orang terkaya berdasarkan kereta-kereta
dia.
Dah kira? So, berapa nilai anda dari sudut kewangan? Positif atau negatif?
‘Encik Sulaiman, sampai tahap mana aset yang kita perlu ada untuk capai level ‘Financial Freedom’?’
Yang ni, kena kira lain. Kita kena kira Nisbah Kemewahan
(Wealth Ratio) kita.
Nisbah Kemewahan (Wealth Ratio): Net Worth/Perbelanjaan Bulanan
Ni indikator dia:
<1 : ICU
1-5 : HDU
6-10 : Normal
10-20 : Sihat
21-50 : Sihat sejahtera
50-96 : Tenang
>96 : Sangat tenang
>168 : Kebebasan Kewangan (Rasional dia, more than 15 years kita boleh hidup)
Try kira Wealth Ratio kita, dan tengok kategori kita kat mana. Cuba sasarkan >168 tu. Susah tapi tak mustahil.
Kalau rajin, boleh tengok orang-orang terkaya di dunia dan tengok aset dia. Boleh kata semua orang kaya ni bukan sebab pendapatan dia tinggi, tapi sebab aset-aset dia terlampau banyak.
*Isu Luar Topik*
Jika kita lihat di Malaysia secara makro, isu jurang pendapatan di Malaysia sememangnya merisaukan tetapi apa yang lebih merisaukan adalah, jurang kekayaan (aset). Nampak cam sama, tapi berbeza.
Aku petik dari buku ‘The Colour of Inequality; Ethnicity, Class, Income and Wealth in MALAYSIA’ oleh Muhammed Abdul Khalid.
“Another way to look at the wealth disparity is to study land ownership, another prized possession during the colonial period. For instance, for agricultural land, as of early 1938 there were 778,771 acres of agricultural land owned by the Malays,…… The non-Malays, on the other hand, owned MORE THAN 2 MILLION acres of AGRICULTURE AND MINING land, almost three times more than Malays.”
Ini pada tahun 1938, walaupun kita merupakan bangsa yang
terbesar. Dan ya, memang ini antara kesan penjajahan British. Bukan-Melayu
sememangnya ada kelebihan dari segi ekonomi.
Dan sekarang 2015, agak-agaklah kan, jumlah pegangan dalam tanah pertanian kita semakin bertambah atau sebaliknya? Next 20 years pula cemana? Adakah ‘secure’ kehidupan anak cucu kita? Pegangan dalam sektor perumahan pula bagaimana? Tepuk dada.
Tahu je kan yang kita ni, kalau ada tanah sikit, mesti nak jual. Lagi-lagi kalau orang tawarkan duit berjuta. Apalah nasib anak-cucu kita nanti?

Bukan nak rasis, tapi rasanya ini lah fardhu kifayah yang
perlu kita laksanakan. Berjihad dari sudut ekonomi. Ini semua bermula dari
perancangan kewangan kita. Kita takkan boleh melabur kalau kita tidak
menyimpan. Bezakan aset dan liabiliti.
Bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ini baru part 1. Ada 11 semuanya. InsyaAllah akan
di’publish’ secara berkala. Sama-sama jadi senang dan kaya okay?! InsyaAllah juga, aku akan kongsikan ilmu hartanah bersama Abang Ensem.
Segala kesilapan, harap dibetulkan.
Nantikan part-part seterusnya!
Segala kesilapan, harap dibetulkan.
Nantikan part-part seterusnya!

No comments:
Post a Comment