Okay, aku ada jadual hidup. Kalau tengok jadual, esok aku free. So, ada member aku, Ali, ajak lepak luar esok. So, aku kata okaylah, sebab memang esok aku free.
And then, esoknya, ada member lain, Abu, minta tolong. Urgent katanya. Orait, sebagai contoh, kereta dia rosak tepi jalan.
Aku nak pergi yang mana? Dua-dua member. Satu, aku dah janji dengan Ali. Kedua, Abu ni accident.
Sudah pastilah, dengan kewarasan seorang lelaki yang matang, akan ku tolong si Abu ni. Sebelum aku sempat ceritakan ke Ali, Ali dah tuduh aku cemacam. Kuat sembanglah apa lah. Tolonglah faham. Aku tak macam korang. Aku ni level-level macam Superman. Orang ada masalah, orang panggil aku.
Tapi, takpe, yang penting, aku tak menipu sesiapa dan yang lebih penting, aku tak tipu diri sendiri.
Lama-lama, aku fikir, betul, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Kita hanya dapat puaskan hati beberapa orang sahaja. So, kena pilih elok-elok yang mana satu berbaloi untuk kita puaskan hati dorang.
Silap aku juga, aku try nak puaskan hati semua orang. Aku terpengaruh dengan cerita 'Yes Man' gak lah sebenarnya. Hahaha.
Sampai tahap ni, aku rasa macam nak pergi tempat baru, and try cari kawan baru. Dan harapnya, aku nak start diri aku jadi kawan yang terhebat dan mahir mendengar.
Peace.
No comments:
Post a Comment