29 August 2014

Boikot Dah? Next?

Actually, time korang nampak post ni, mungkin, mungkinlah Israel dah stop serang Gaza. Tapi, by the time aku tulis ni, belum lagi. Israel belum lagi penuhi semua tuntutan Hamas.

Okay, benda yang viral sekarang ni, orang boikot McD. Dan cemacamlah yang orang share kat FB apa semua.


Boikot satu cara. Tapi aku rasa cara yang lagi satu, yang lagi power, adalah kita kawal McD tu sendiri.

Haaa, cemana? Dengan memegang saham yang besar dalam McD. And aku merujuk kepada McD kat USA, bukan kat McD Malaysia. Sebab McD Malaysia adalah kepunyaan Golden Arches Restaurant Sdn Bhd. (still bayar royalti kat McD sana)

Saham McD, jatuh. Dan terus jatuh. Keuntungan pun semakin berkurang. Jadi, sebelum jatuh bankrap, McD akan menjual sebahagian besar pegangan sahamnya.

Time ni lah, a-group-of-muslim-companies patutnya beli saham-saham McD yang terjual. Mungkin JCorp, PKNS ataupun Ramly Burger boleh bergabung dan ambik saham tersebut menerusi New York Stock Exchange.

Bila kita pegang sebahagian besar saham dorang, kita berhak dan ada kuasa dalam mengawal polisi syarikat tersebut.

Tak ke best McD sendiri rujuk kepada kita sebagai "stockholder" and tanya sama ada nak funding Israel ke tak.

Hahaha, pada aku, ini adalah yang terbaik untuk solusi hal ini. Ni level atas sikit daripada boikot.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...