12 July 2014

Sayang, Tolong Baca Kejap

Hello blog. Apa khabar?

Hahaha, dah bersawang dah haaa. Sorry.

Aku rasa macam aku nak jadikan blog ni macam diari lah pulak. Nanti bila dah tua-tua, bolehlah usha-usha balik blog ni and gelak betapa bodohnya dedulu, betapa banyaknya benda yang aku sia-siakan masa zaman muda-muda.

Orait, aku ada benda nak share. Tapi, rasa macam segan pulak nak cerita dedepan kat kengkawan. Sebab tak tahu lah, umur-umur camni, mungkin kita belum lagi fikir pasal bebenda ni.

Nak kongsi sikit pasal tuntuan harta sepencarian.

Eceh, macam aku ni lawyer lah pulak kan.

Okay, kalau aku ada diberikan peluang untuk bagi nasihat kat korang, aku akan cakap, better beli rumah sebelum kahwin. Kalau jenis-jenis kahwin awal, tak sure lah. Kalau mampu, beli lah. Tak mampu, takpe.

Sebab apa?


Sebab nanti lepas kahwin, setiap harta korang, akan di'declare'kan under harta sepencarian.

So nanti, minta dijauhkan, sekiranya korang bercerai, setiap harta yang diperoleh selepas kahwin, adalah hak bersama.

Baik kepada lelaki mahupun perempuan, kalau nak selamat dan terbela, simpan segala bukti yang kita tolong bayar ansuran bulanan rumah. Benda ni, kita boleh fight dalam mahkamah nanti.

Aku sebenarnya lebih risau dekat perempuan sebab selalunya bila cerai, kekuatan emosi dorang mungkin semakin-hari-semakin-kuat, tapi dari segi kewangan, mungkin sedikit rapuh.

Setidaknya, jika korang ada tolong pasangan korang bayar sekian-sekian, nanti lepas cerai, korang akan dapat pampasan.

Contoh mudah:

Rumah atas nama suami: RM 300k
Ansuran bersama: 50 suami : 50 isteri

So, lepas fight kat mahkamah apa semua, mahkamah perintahkan rumah tu separuh hak isteri. Dan ikut harga semasa, rumah tu mungkin berharga RM 400k.

Sama ada suami tu kena bayar RM 200k kepada isteri dia cash, atau jual rumah tu, and serahkan RM 200k kepada isterinya.

Selalu yang terjadi, yang tertindas yang tidak terbela, belah wanita. Mungkin sebab dorang tak tahu pentingnya menyimpan bukti bayaran.

Itu kalau dia bayar. Kalau dia tak bayar, memang harapkan nafkah bulanan je lah nanti.

Begitu juga sebaliknya.

Tapi, takyah susah-susah gaduh kat mahkamah kalau kita beli rumah sebelum kahwin. Sebab tu memang harta kita, bukan harta sepencarian. Under nama kita.

Bila bercerai pun, tidak-tidak pun, kita dah ada sebiji rumah. Tak perlu bergantung sangat dah dengan bekas suami dah.

Kalau boleh, aku nak adik-adik aku own a house before dia kahwin. Apa-apahal karang, senang. Sebab banyak dah kes-kes ibu tunggal hidup susah lepas kena tinggal. Dapat bekas suami yang malas bagi nafkah, lagi lah merana.

Tambah-tambah kalau isteri tu surirumah. Ish, memang takleh nak bayangkan cemana. Serious.

Segala salah silap, boleh bagitahu. Aku bukan nak korang bercerai ke apa. Faham je bila dah bercinta and dah memula kahwin, memang semuanya intan-payung lah kan. Memang takkan terfikirlah pasal cerai.

Tapi, masa depan kita, siapa tahu? Better prepare an umbrella before raining lah kan. Antara benda yang aku rasa penting untuk kita adalah sentiasa bersedia untuk yang terburuk.

Walaupun kita berada di tempat yang super-duper-selesa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...