10 February 2013

Hati dan Akal.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Moga kita semua berada dalam keadaan yang terbaik sentiasa.

Okay, hari ni aku pergi satu program kat tempat aku ni. Aku bajet nak datang dari pagi. Sebab ada sarapan pagi free.

Tapi tak sempat, sebab aku tertidur lepas subuh and miss the free breakfast. Haaa, nampak tak, bila niat lain, jalan menuju niat tu pun akan dihalang oleh berbagai onak duri ranjau.

Tapi tak kisahlah, tu bukan point yang utamanya. So, lepas terlajak tidur apa semua, aku datanglah program tu. Walaupun nak dekat habis, tapi aku cam tergerak hati nak pergi jeee.

Ecehhh.

So, setibanya aku kat program tu, ustaz tu tengah bercerita pasal kita, manusia. Homosapiens.

Kita adalah hidupan yang terbaik yang Allah ciptakan. So nak jadikan kita ni manusia yang terbaik, ada dua benda paling penting yang perlu kita jaga.

Haaa, apa dia? Cuba teka.

'Erk, mata?'

Kurang tepat.

'Erk, lidah?'

Ada jawapan lain selain daripada pancaindera manusia, ada tak?

'Habis tu apa wehhh?'

Haaa, jawapannya adalah HATI dan AKAL.


'Elehhh, lebih kurang jaaa dengan apa yang aku jawab tadi'

Okay, tapi dua jawapan yang diberikan kat atas tu, lagi besar compare dengan apa yang kau bagitahu aku tadi. Apa - apa pun, terima kasih sebab jawab.

'Tapi Ros, apa kaitan jaga hati dengan akal, and then jadi manusia terbaik? Cam ada kaitan cuma cam samar samar jaaa. Cer terangkan sikittt'

Orait, dia macam ni. (Luls, aku tanya, aku jawab. Sangat poreber-helonnn)

Haha. Formula untuk jadi manusia yang terbaik, adalah jaga hati dan akal elok elok.

Yaaa, aku tahu salah satu cara nak jaga hati kita, jangan minum air kencing setannn sebab lama lama karang, hati kita rosak.

Tettt. Tettt. Tettt. Aku bukan cakap pasal hati kita yang liver tu. Aku cakap pasal hati nurani. Ecehhh, kemain haaa nurani.

So, nak hidupkan hati-yang-bukan-liver-maksud-aku ni, adalah dengan ZIKIR. Zikrullah, atau dalam bahasa mudahnya, ingat akan Allah.

Zikir yang dimaksudkan, bukan semata-mata pegang tasbih pastu dok kumat kamit 'Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar'.

Refer balik maksud zikir tu sendiri. Maksudnya, ingat. Zikrullah. So, anything yang kita buat, tak kisah lah apa pun, kalau kita ingat kat Dia, itupun dikira zikir. Ke tak? Kalau salah, betulkan.

Nak hidupkan hati, sentiasa ingat Allah. Bila sentiasa ingat Allah, tengah buat benda jahat, kita berhenti, tengah susah-payah, rasa senang dan tenang. So, tak bermakna zikir sekadar tasbih dan kumat kamit sahaja.

Second thing, adalah AKAL. Cemana nak jaga akal?

'Hemmm, menguap bila perlu? Sebab kan bila menguap kita akan bagi oksigen kat otak. Ehhh, ni otak. Cemana nak jaga akal?'

Haaa, nak jaga akal, nak bagi akal cerdas cergas apa semua, latih akal kita supaya sentiasa berfikir. Jangan berhenti berfikir.

Macam aku lahhh kan, bila dah sampai tahap tension gilaaa, aku dah malas fikir. Apa nak jadi, jadi lahhh. Bila makin selalu buat macam ni, akal akan slowly inactive. Kesan dia lagi teruk kalau makan semut.

Okay, hambar.

So, anything yang kita belajar, anything yang kita cakap, dapat, dengar atau apa apa sekali pun, latihlah diri kita untuk berfikir tentang benda tu.

Bukan main telan je. Cuba tanya diri sendiri, kenapa, bagaimana, dan sebagainya. Itu salah satu cara.

Lagi satu cara, kalau boring boring ke apa, buatlah sudoku ke, crossword puzzles ke apa. Anything permainan yang buat kita berfikir to solve it.

Berbalik kepada point asal, pasal program tu. So, ustaz tu kata, kalau nak berjaya, jaga dua benda ni. Hati dan akal.

Beliau menganalogikan sebuah burung.

*backspace backspace*

Seekor burung  maksud aku.

Burung yang tidak cacat, ada dua kepak. Andaikan setiap satu daripadanya melambangkan hati dan akal kita.

In order to fly, kena ada a pair of wings lah kannn.

So, kalau kita rajin sembahyang apa semua, baca Quran sejuzuk sehari apa semua, kalau kita tak study, tak berfikir selalu, kita takkan kemana. Sebab apa? Sebab kita akan terbang dengan sebelah sayap sahaja.

'Mehhh, common sense lahhh. Tak belajar, memanglahhh'

Haippp. Haaa, lagi satu contoh. Kita rajin apa semua, suka baca wiki, tengok video-video berilmiah apa semua, tapi hubungan kita dengan Allah, kosong.

Sembahyang entah ke mana, Quran berhabuk (apps Quran dalam telefon pintar pun saja download sebab orang lain pun ada download tapi orang lain baca, kita tak)

Agak agak, kita akan jadi manusia terbaik tak?

'Of course lahhh. Dia usaha, dia dapat lahhh. Tengok non-muslims, mantap je semua'

Betul bro, betul. Tapi kena ingat, dorang mungkin berjaya dalam hidup, tapi hakikatnya, hati mereka, kosonggg kosonggg ohhh ohhh. Dorang takkan rasa kemanisan iman sebagaimana yang kita rasa.

Ekceli, kemanisan yang aku rasa tak semanis iman korang lahhh.

Faham je kannn analoginya? Nak terbang, hati dan akal mesti dalam keadaan yang terbaik.

Walaupun aku sampai program ni lambat, tapi aku rasa, slot ustaz ni betul betul menyedarkan aku dari lamunan.

Korang mesti ada kan member yang tak sembahyang, tak baca Quran, main sana sini, tapi berjaya.

And sorang lagi member, sembahyang malam tak pernah tinggal, Quran sentiasa dalam kocek baju, tapi kurang berjaya.

Ke korang takde member cenggini sebab korang berada dalam biah yang  soleh-solehah semua?

Soccay. Aku cerita pasal pengalaman aku lah yeee.

And mesti timbul dalam hati aku,

'Hek elehhh, buat apa nak susah susah dok sujud sana sujud sini kalau aku boleh berjaya tanpa sembahyang sana sini'

Atau.

'Eee, tengok si Kassim tu, selalu pergi sembahyang subuh kat masjid apa semua, result takde lah gempak mana pun. Konon result gempak lah dengan sembahyang apa semua?'

Aku ada explanations yang berjela tapi takyah lah kot nak tulis kat sini. Apa yang aku boleh konklusikan adalah:

Kesenangan merupakan ujian. Kesusahan juga merupakan ujian. Dan kesenangan merupakan ujian yang lebih berat berbanding kesusahan.

So, beringatlah sentiasa. Hidupkan hati dengan sentiasa ingat Tuan Yang Memiliki kita semua, dan latih akal untuk sentiasa berfikir.

Huwarghhh. Ngantuknya. Sweetdreams, Ros Mislia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...